Untung Ribuan Ringgit Dalam Bulan Ramadhan – Gadis Kongsi Pengalaman Jadi Orang Tengah Beli Makanan Untuk Orang Tidak Puasa

Gadis Kongsi Pengalaman Jadi Orang Tengah Membeli Makanan Untuk Orang Tidak Puasa

  Jika dulu manusia menguasai duit, kini manusia dikuasai oleh duit semata-mata inginkan kesenangan diri. Ramai manusia yang buta dengan wang ringgit sehinggakan mereka sanggup melakukan perkara yang tidak baik bagi mendapatkan wang ringgit meskipun mereka tahu perbuatan yang mereka lakukan adalah salah dan menjadikan pendapatan mereka sumber yang haram.

  Ini kisah seorang gadis yang mengaku dirinya sebagai orang tengah membeli makanan untuk orang yang tidak puasa dalam bulan ramadhan. Keuntungan yang diperolehi dalam masa sebulan berpuasa mencecah ribuan ringgit.

Tak Fikir Dosa Pahala, Yang Penting Keuntungan.

  Gadis yang dikenali sebagai Zira telah memberitahu Sinar Harian yang dia telah membeli makanan untuk rakan sekerjanya yang tidak berpuasa dan mengambil upah sebanyak Rm2 ke Rm3 untuk satu kepala. Zira merupakan bekas pekerja kilang dipinggir kota mengakui pendapatan kerja sambilan itu memberikan hasil ribuan ringgit.

 Setiap kali bulan puasa saya boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan ambil upah beli makanan kawan-kawan sekerja, boleh cecah ribuan ringgit. Saya memang jenis tak malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa. Seminggu saya beli di satu kedai ini, minggu berikutnya saya beli di kedai lain. Jadi tak nampak ketara sangat.

   Gaji Bertambah Hasil Kerja Sambilan.

   Dalam sehari Zira akan membeli makanan dalam 20 set makanan. Walaupun off-day, khidmat membeli makanan untuk orang yang tidak berpuasa tetap diteruskan bagi mendapatkan lagi keuntungan yang lebih baik.

   Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tak puasa ni makan. Bulan puasa gaji saya bersih sebab banyak duit dari hasil upah ni. Sempat la dalam tiga tahun saya buat kerja tu. Tapi sejak berhenti kerja lima tahun lalu, saya dah tak buat. Bila fikir balik sampai bila nak makan duit hasil upah macam tu.

  Walaupun berkerja sebagai orang tengah membeli makanan untuk orang tidak berpuasa, namun zira tetap berpuasa. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Zira ada kesedaran juga. Maklumlah, orang ni bila dah nampak duit kadang-kadang dah tak peduli sampai tak nak berhenti.

Be the first to comment on "Untung Ribuan Ringgit Dalam Bulan Ramadhan – Gadis Kongsi Pengalaman Jadi Orang Tengah Beli Makanan Untuk Orang Tidak Puasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*