Tidur Selepas Subuh ? Kenapa Rasulullah Larang



Jangan Tidur Selepas Solat Subuh

Tidak dinafikan ada sebahagian daripada kita menjadikan tidur selepas subuh sebagai satu amalan. 

Amalan ini adalah kurang baik kerana Rasulullah SAW sendiri melarang anaknya Fatimah r.a. tidur selepas subuh.

Ramai orang sering memperkatakan tentang larangan tidur selepas solat subuh.

Larangan ini bukanlah daripada kita, tetapi terdapat hadith Rasulullah SAW yang mana baginda melarang anaknya Fatimah untuk tidur selepas subuh.

Lihatlah kepada diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah.

Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?

Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri.

Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

Tabiat Pemalas Yang Perlu Diubah

Cuba semak diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini?

Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”

“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

Jika Mahu Bermuhasabah

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi,

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :

“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?

Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”.

Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini?

Nak ke suami yang sebegini?

Masing-masing menggeleng tersengih sendirian.

Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah.

Bukan nanti, tetapi sekarang.

Masa Untuk Berubah

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada Perubahan.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar.

Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
– Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya.

Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar.

Mak mertua pun tak bising lagi.

“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.”

Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”

Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua.

Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU.

Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN.

Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul.

Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan.

Dan hanya syaitan yang suka pembaziran.

Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi SAW melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,

sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Jika kita tetap meneruskan amalan tidur selepas solat subuh, maka kita di antara orang-orang yang tergolong dalam kerugian.

Bukankah di pagi hari itu, adalah pembuka segala rezeki.

Jadi, marilah kita bermuhasabah bersama-sama.

Jika kita mampu mengangkat berat berkilo-kilo, tak akan selimut yang ringan tidak mampu untuk kita angkat.

artikel lain==> Mandi Waktu Malam, bahaya atau tidak?

17 Comments on "Tidur Selepas Subuh ? Kenapa Rasulullah Larang"

  1. Trima kasih atas perkongsian 🙂

  2. Memang ak baik tidur selepas subuh, tetapi betul ke Rasulullah larang? atau sekadar tafsiran para ulama' berdasarkan hadis tertentu yang tidak secara langsung melarang? Jangan suka-suka guna nama rsulullah kalau tidak ada hadis sahih yang jelas melarang.

  3. betul tu….terlalu ramai pendakwah celop yg tiada klasifikasi atau tiada qualified berkata kata….tak salah kita berhati hati krn trlalu bnyak hadis palsu,hadis liar yg suka suka memetik nama hadis dari rasulullah saw…atau hadis dari ulama tersohor…..main petik…pastu mengelirukan kepala umat islam…agenda nya nak memecah belahkan umat islam…dah tahu dah….sekarang ni juga ramai pendakwah celop

  4. mmg selimut tu tak berat.. tp badan yg berat mcm nak patah tengkuk

  5. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini…semoga ramai akan celik ttg hal ini….tqvm

  6. This comment has been removed by the author.

  7. Kalau artikel ni x sentuh soal agama pun aku sokong, sebab tgk cina, jam 3pgi dah start buka kedai gerai utk berniaga, sebab tu depa maju, its not really about religion but its about principal, walau pun aku x amal seratus peratus tapi mmg holeh nampak perbezaan samaada ko tidur lepas subuh atau lepas asar atau sebalik nya, lau x caya cubalah seminggu jgn tidur pas subuh ngan pas asar and yg penting ketika maghrib,,the best is tido sebaik selepas isyak, u can see the deferent.

  8. Erm…
    Maknanya pekerja shift malam yg tido lepas subuh adalah golongan papa?

    Nurse, doktor, pekerja kilang, pak guard, pekerja uptown, pengusaha gerai larut malam, dll…

    Ce bagi hadis sahih, ni tak yg baca pun main share xkaji dulu sahih xsahih.

  9. Mmg payah nk tazkirah org bodoh..sabar jela ye wahai penulis..xnk ikut ckp jela 'sy dr kecik x diajar berjaga selepas subuh,sedap tdo'..
    Dh la xnk ikut ajaran baikeh die byk soal plak…hahaha kdg2 pelik tgk manusia akhir zaman ni..hahaha..BODOH SOMBONG!!
    Tmasukla aku skali org akhir zaman..hahaha klako klako..tp xsemua bangang mcm korg yg byk soal tu..hahaha bye

  10. Mmg payah nk tazkirah org bodoh..sabar jela ye wahai penulis..xnk ikut ckp jela 'sy dr kecik x diajar berjaga selepas subuh,sedap tdo'..
    Dh la xnk ikut ajaran baikeh die byk soal plak…hahaha kdg2 pelik tgk manusia akhir zaman ni..hahaha..BODOH SOMBONG!!
    Tmasukla aku skali org akhir zaman..hahaha klako klako..tp xsemua bangang mcm korg yg byk soal tu..hahaha bye

  11. Alhamdulillah, memang jarang sangat tidur selepas subuh..kalau lepas solat subuh tu terus buat kerja supaya mata dan badan cergas!

  12. Benarkahni,saya terbaca di google,Alah swt berfirman barang siapa berduka di pagi hari,maka akan aku susahkan ia hingga ke petang.itu risautu nak bangun pagi.

  13. cuma ingin bertanya bagi yang tinggal di luar negara yang pada musim panas waktu subuhnya jam 2 pagi. tidur selepas subuh tidak haram tetapi tidak tidur adalah sunnah. wallahualam.

  14. Org yg bnyk soal ni mcm kaum Nabi Musa dulu..

  15. Tidur slps subuh ni tau aku makruh..

Leave a comment

Your email address will not be published.


*