Tarikh Penting Permohonan UPU 2018 2019

Tarikh Penting Permohonan UPU 2018-2019

Tarikh Penting Permohonan UPU 2018-2019. Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), Matrikulasi, Politeknik dan setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,  kini boleh membuat permohonan mengunakan aplikasi permohonan UPU secara online.

Tarikh penting permohonan upu 2018-2019.

Berikut merupakan tarikh penting permohonan UPU 2018/2019:-

Permohonan Dibuka : 5 Februari 2018

(12 tengahari)

Permohonan Ditutup : 10 April 2018

(11.59 malam)

Permohonan Online : Permohonan UPU Online

 

Kategori Permohonan UPU 2018-2019

Terdapat dua kategori dalam permohonan UPU iaitu untuk kategori lepasan STPM/Setaraf dan Lepasan SPM/Setaraf.

Kategori lepasan STPM-Setaraf

Bagi kategori ini, pemohon boleh memohon UPU Online bagi peringkat Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Pemohon yang yang boleh memohon untuk kategori ini ialah pelajar lepasan:-

  • Sijil TInggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017
  • Matrkulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017/2018
  • Asasi Sains Universiti Malaya 2017/2018
  • Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2017/2018
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia 2016 dan 2017
  • Diploma/Setaraf (Diploma UA/Politeknik, DKM, DKLM, DVM, Diploma IPTS, Diploma luar negara, lain-lain diploma, kelayakan setaraf dengan A-Level, IB, AUSMAT, SAM, CPU dan STPM/ STAM/Matrikulasi (bukan tahun semasa).

Kategori Lepasan SPM/Setaraf

Bagi kategori ini, pemohon boleh memohon UPU Online bagi peringkat Program Asasi, Diploma di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Pemohon yang yang boleh memohon untuk kategori ini ialah pelajar lepasan:-

  • SPM 2015
  • SPM 2016
  • SPM 2017

*Untuk pengetahuan semua, semua program yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti mendapat akreditasi daripada Malaysian Qualification Resister (MQA).

 Tarikh Penting Permohonan UPU 2018-2019

Semakan Syarat Kemasukan Ke:-

Sila tekan pautan di bawah untuk membuat semakan syarat kemasukkan.

IPTA: Semakan Syarat Ke IPTA

Politeknik Konvensional/Premier dan METrO: Semakan Syarat Politeknik

*Sila buat semakan kelayakan sebelum membuat permohonan.

Cara Membuat Permohan UPU secara Online.

  • Sebelum membuat permohonan UPU secara Online, sila pastikan anda membeli Nombor Pin UPU di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Negara. Pembelian Nombor Pin UPU boleh didapati di kaunter BSN ataupun mesin ATM.
  • Nombor Pin UPU boleh diberi pada 5 Februari 2018 sehingga 9 April 2018.
  • Pembelian Nombor Pin UPU hendaklah dibuat secara individu.
  • Harga Nombor Pin UPU ialah RM15.

Semoga perkongsian Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019 ini bermanfaat kepada anda.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + twelve =