Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

syarat kelayakan permohonan br1m 2018

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018. Berita gembira buat semua rakyat Malaysia, menerusi pembentangan Bajet 2018, kerajaan Malaysia masih lagi meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk tahun 2018. Kerajaan juga telah memberi peruntukan bantuan dengan jumlah yang sama seperti tahun sebelumnya (2017).

Tarikh permohonan baru dan kemaskini maklumat BR1M 2018

Tarikh permohonan baru dan kemaskini maklumat dibuka : 27 November 2017
Tarikh permohonan baru dan kemaskini maklumat ditutup : 31 Disember 2017
Jadual pembayaran : Februari, Jun dan Ogos 2018.

Pembayaran adalah sama seperti tahun sebelumnya dan pembayaran akan dibuat mengikut kategori.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

  • Warganegara Malaysia dan mestilah menetap di negara ini sahaja yang layak untuk memohon.
  • Ketua kepada isi rumah (tidak kira lelaki atau perempuan) atau ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar kurang daripada RM4,000 sebulan atau kebawah layak memohon.
  • Golongan arga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang hidup sebatang kara dengan jumlah pendapatan di bawah RM4,000 ke bawah layak untuk memohon.
  • Golongan bujang yang mempunyai pendapatan kasar kurang daripada RM2,000 dan ke bawah sebulan.

Salinan dokumen yang diperlukan

Bagi pemohon yang baru membuat permohonan baru, sila sediakan dokumen-dokumen tersebut sebelum membuat permohonan bagi melancarkan proses permohonan.

  • Salinan kad pengenalan (MyKad)/ MyPR/ MyKAS/ Sijil Lahir/ Visa dan Pasport bagi suami, isteri ata tanggungan jika berkenaan.
  • Bagi pemohon yang berstatus ibu tunggal/ bapa tunggal/ duda/balu/janda, sila sediakan Sijil Penceraian atau Sijil Kematian pasangan sekiranya ada.
  • Mulai 1 Oktober 2017, pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sila sertakan sijil pembubaran perniagaan atau sijilpengesahan penamatan perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Peringatan:-

  • Bagi pelajar yang menerima KADSIM (Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia) bagi sesi 2017/2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M untuk tahun 2018.
  • Sebarang semakan kelayakan daripada agensi atau sember lain adalah tertakluk kepada ketetapan yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Jika anda mempunyai masalah, anda boleh berhubung dengan :-

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Sila layari portal rasmi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk sebarang pengumunan.

Semoga perkongsian Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 ini bermanfaat kepada anda.

Be the first to comment on "Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*