Seorang Maut Dalam Kemalangan Di Kudat

Seorang Maut dalam Kemalangan di Kudat

Kedua-dua kereta bertembung dalam kemalangan itu
 KUDAT: Seorang lelaki tempatan maut dan dua yang lain cedera parah dalam kemalangan di kilometer 7 jalan  kudat-kota kinabalu kira-kira jam 8.30 malam, jumaat lalu.
 Ketua Polis Daerah  Superintendan Dauglas Nyeging  Taong berkata, mangsa yang yang meninggal dunia itu dikenali bernama Silval Gunting 66, pemandu kenderaan Mitsubishi Triton berasal dari kampung Kandawayon, di sini.
 Katanya, mangsa mengalami kecederaan patah tulang rusuk sebelah kiri serta tulang paha sebelah kanan, mangsa sempat dikejarkan ke Hospital dan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Kudat.
 Sementara itu, dua yang cedera ialah pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki tempatan yang berusia 44 tahun yang berasal dari Kampung Sikuati yang mana mengalami pendarahan dalaman dan seorang lagi berusia 53 tahun, penumpang Mitsubishi Triton dari Kampung Masangkon yang mengalami kecederaan patah tulang tabgan sebelah kanan.
 Douglas memberitahu bahawa kes akan disiasat  mengikut syeksen 41  (1)  Akta Pengangkutan  jalan 1987 iaitu memandu dengan cuai menyebabkan kemalangan.
 Beliau berkata agar orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu turut tampil bagi membantu siasatan tersebut.
 Beliau juga menasihati orang ramai terutamanya sekali pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dalam keadaan berhemah dan berhati-hati serta mengutamakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Be the first to comment on "Seorang Maut Dalam Kemalangan Di Kudat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*