Semoga Allah Tinggikan Darjat Kita Di Syurga, Mesej Tiote Sebelum Meninggal Dunia Ketika Berlatih

 Semalam satu berita telah mengejutkan orang ramai dengan pemergian seorang pemain bola sepak islam yang berasal dari Ivory Coast. Pemain yang bernama Cheick Ismael Tiote dan dikenali dengan nama Cheick Tiote atau Tiote tidak asing lagi bagi mereka mengenalinya dalam dunia bola sepak . Pemain  pasukan  Newcastle United yang telah bermain selama tujuh tahun tersebut disahkan meninggal dunia semalam setelah pengsan ketika menjalani latihan  bola sepak.

 Seorang pengguna Twitter Yusuf AbuBakar, rakan Allahyarham telah berkongsi mesej perbualan terakhir mereka yang sangat menghayat hati.

  Mesej Terakhir

  Menerusi perbualan daripada Whatsapp ternyata Tiote sempat mengatakan sesuatu. Antara kata-katanya ” semoga Allah tinggikan Darjat kitta di syurga, dunia hanya sementara namun syurga kekal selamanya.

 Tanpa diduga mesej ini bagaikan satu petanda Bagi Cheick ismael Tiote pergi buat selamanya. Pemergian pemain bola sepak itu dipercayai disebabkan serangan jantung.

Be the first to comment on "Semoga Allah Tinggikan Darjat Kita Di Syurga, Mesej Tiote Sebelum Meninggal Dunia Ketika Berlatih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*