Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018

Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018. Kepada pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun 2018, anda kini boleh membuat semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

Sebagai info tambahan, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) mula diperkenalkan untuk ambilan kemasukan pelajar mulai tahun 2018.

Bagi pelajar yang berjaya dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP), peluang anda untuk masuk ke sekolah berasrama penuh adalah tinggi.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) merupakan satu prosedur pemilihan baru yang dilaksanakan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek pelajaran, pembabitan pelajar dalam pelbagai aktiviti serta mendidik pelajar dalam sahsiah diri.

 

Semakan Keputusan Tawaran SBP

Tarikh Semakan 30 November 2017
Semakan Tawaran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 2018

Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018

Kepada pelajar yang berjaya, sila semak tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dijalankan.

Tarikh UKSBP Dijalankan 11-14 Disember (Semua negeri)

12-15 Disember (Selangor sahaja)

Sila rujuk laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk maklumat atau pengumuman terkini.

Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Berikut merupakan syarat kemasukan bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Syarat Kemasukan Untuk Pelajar Tingkatan 1.

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah bersekolah di sekolah rendah jenis kebangsaan (SK).
  • Pemohon mesti berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Pemohon hendakhlah cemerlang dalam akedemik.
  • Pemohon hendaklah aktif dalam bidang kokurikulum.

Syarat Kemasukan Untuk Pelajar Tingkatan 4.

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah agama bantuan kerajaan.
  • Pemohon hendakhlah cemerlang dalam akedemik.
  • Pemohon hendaklah lulus dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)/saringan/temuduga.
  • Pemohon hendaklah aktif dalam bidang kokurikulum.

Maklumat Tambahan

  • Pelajar yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang yang cerah untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.
  • Bagi pelajar yang tidak menghadiri/gagal dalam UKSBP juga berpeluang untuk masuk ke SBP. Namn begitu, keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang telah menduduki UKSBP.

Semoga perkongsian Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018 ini bermanfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − six =