Semakan PLKN 2018 Senarai Pelatih terpilih

semakan plkn 2018

Program Latihan Khidmat Negara merupakan program yang dianjurkan oleh kerajaan bagi membina dan memperkasa fizikal dan mental para remaja yang menyertainya. PLKN ini disertai oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun berkenaan. Setiap tahun beberapa orang terpilih untuk mengikuti program ini. bagi mengetahui sama ada seseorang itu terplilih atau tidak, semakan PLKN boleh dibuat secara online. Artikel Semakan PLKN 2018 ini memberikan anda maklumat dan panduan cara menyemak nama anda.

Pengambilan pada tahun 2018 ini merupakan PLKN 2.0 bagi siri 15/2018. Bagi mereka yang tidak terpilih, masih boleh membuat permohonan jika berminat.

Semakan PLKN 2018 Secara Online dan SMS

Semakan PLKN 2018 boleh dilakukan melalui beberapa cara iaitu online dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

Semakan Melalui SMS

Cara semakan adalah seperti berikut;

Taip PLKN KEM <jarak> <No Kad Pengenalan> hantar ke 15888

bagi setiap mesej yang anda hantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15. Manakala mesej yang diterima dikenakan caj RM0.20.

Semakan Melalui Online

Semakan melalui atas talian adalah seperti berikut;

Masuk ke pautan berikut: SEMAK PLKN

Masukkan no kad pengenalan anda, dan klik SEMAK.

Selamat membuat semakan PLKN 2018.

Jika terdapat sebarang soalan mengenai semakan ini, anda bolehlah menghubungi;

No. Tel. Call Centre 03-40274747
(Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

 

 

Be the first to comment on "Semakan PLKN 2018 Senarai Pelatih terpilih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*