Semakan Keputusan UPSR 2017

Semakan Keputusan UPSR 2017. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi portal rasmi mereka telah membuat kenyataan media dan telah mengumumkan tarikh semakan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2017.

Pada tahun 2017, sebanyak 443, 794 pelajar telah mengambil peperiksaan UPSR di  8,085 lokasi di seluruh Malaysia.

Berikut merupakan maklumat mengenai keputusan UPSR 2017 seperti kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Keputusan UPSR 2017

Maklumat di bawah adalah rasmi.

Tarikh Dibuka : 23 November 2017 (10.00 pagi)
Tarikh Ditutup : 29 November 2017 (6.00 petang)
Lokasi : Sekolah masing-masing

Bagi ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk membawa anak mereka mengambil slip keputusan UPSR mereka di sekolah, mereka KPM juga telah menyediakan aternatif lain untuk membuat semakan keputusan UPSR dengan mengunakan sistem pesanan ringkas (SMS).

Kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Semakan Keputusan UPSR 2017

Semakan Keputusan UPSR 2017 Mengunakan SMS

Bagi mereka yang mengunakan alternatif ini, sila ikut cara-cara di bawah :-

Taip UPSR <jarak> ANGKA GILIRAN

dan Hantar ke 1588

Atau ikut gambar di bawah:-

Semakan Keputusan UPSR 2017 1

  • Bagi yang mengunakan alternatif ini, anda mungkin akan menghadapi masalah kelewatan penerimaan SMS jika anda membuat semakan disebabkan semakan trafik yang tinggi.
  • Anda akan dikenakan cas sebanyak RM0.15 bagi setiap penghantaran dan RM0.20 bagi setiap penerimaan SMS tidak termasuk GST.

Permohonan Untuk Semakan Semula Kertas Peperiksaan UPSR 2017

Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan mereka, mereka boleh membuat rayuan untuk membuat kembali semakan kertas UPSR mereka.

Untuk membuat rayuan semakan, anda hendaklah membuat rayuan mengunakan Borang Permohnan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Kes T(LP/Am 65A) yang boleh didapati di sekolah masing-masing, Lembaga Peperiksaan, JPN atau memuat naik turun sendiri di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.

Klik sini untuk mendapatkan Borang Permohonan Semakan Semula Kertas Peperiksaan.

Anda akan dikenakan cas sebanyak RM50.00 bagi setiap kertas peperiksaan yang anda ingin semak.

Permohonan untuk membuat semakan semula kertas peperiksaan hanya boleh dibuat 30 hari selepas tarikh rasmi keputusan UPSR dikeluarkan.

Semoga perkongsian Semakan Keputusan UPSR 2017 ini bermanfaat kepada anda. Tahniah kepada semua calon UPSR 2017.

Be the first to comment on "Semakan Keputusan UPSR 2017"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*