Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017

Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017

Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017. Kepada semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Ujian Peperiksaan KAFA (UPKK) pada tahun ini bolehlah membuat semakan keputusan pada bulan Februari 2018.

Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017

Ujian Peperiksaan KAFA ataupun lebih dikenali sebagai UPKK merupakan peperiksaan yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dilaksanakan kepada pelajar KAFA yang bersekolah di sekolah agama rendah (SRA), sekolah agama rakyat (SAR) dan juga sekolah jenis kebangsaan (SK) yang menggunakan sukatan pelajaran daripada KAFA.

Tujuan peperiksaan ini dibuat adalah untuk menilai kebolehan dan kemahiran pelajar dalam bidang hafazan dan pembacaan agar dapar belajar mengamalkan cara hidup islam yang sebenar.

Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017

Calon pelajar yang mengambil peperiksaan UPKK boleh membuat semakan secara online ataupun secara manual.

Berdasarkan tahun-tahun sebelumnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memgumumkan satu tarikh pada bulan Februari sebagai tarikh rasmi UPKK Kafa akan dikeluarkan.

Tarikh Keputusan UPKK Dikeluarkan Februari 2018

(Sila tunggu pengumuman rasmi)

Semak Keputusan UPKK Kafa 2017 Secara Online

Kepada pelajar yang ingin membuat semakan keputusan secara online, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti pautan aplikasi semakan keputusan UPKK 2017.

Semakan Keputusan Aplikasi Semakan Keputusan Ujian Peperiksaan KAFA (UPKK) 2017

*Aplikasi semakan hanya akan beroperasi apabila tarikh rasmi keputusan UPKK dikeluarkan.

* Berikutan masalah trafik yang tinggi mungkin berlaku apabila membuat semakan pada hari keputusan diumumkan, anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk membuat semakan keputusan. Anda dinasihatkan untuk membuat semakan bukan pada waktu puncak.

Semak Keputusan UPKK Kafa 2017 Menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Kepada calon yang memilih untuk menggunakan alternatif lain selain semakan secara online, anda boleh menggunakan alternatif ini:-

Taip UPKK <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888

atau

Taip UPKK <jarak> RESULT <jarak> NO SIJIL LAHIR dan hantar ke 15888

Contoh:=

UPKK RESULT 060713165620 dan hantar ke 15888

Mendapatkan Keputusan Penuh Ujian Peperiksaan KAFA (UPKK)

Sebagai pengetahuan, calon yang membuat semakan secara online ataupun sistem pesanan ringkas (SMS) hanya akan mengetahui ringkasan keputusan UPKK sahaja.

Calon dinasihatkan untuk mendapatkan keputusan penuh daripada pihak pengurusan sekolah masing-masing ataupun di agensi pelaksana KAFA di negeri masing-masing tertakhluk kepada keputusan peringkat negeri selepas tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Semoga perkongsian Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017 ini bermanfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + six =