Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018. Berita baik kepada pelajar Tingkatan 3 yang telah memohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) untuk tingkatan 4, anda kini sudah boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke SBP.

Sebagai peringatan, kepada yang telah memohon untuk masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP), anda perlu membuat semakan keputusan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) terlebih dahulu.

Sebagai maklumat tambahan,Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) merupakan satu prosedur pemilihan baru yang dilaksanakan untuk kemasukan pada tahun 2018 bagi melahirkan pelajar yang pembabitan pelajar dalam pelbagai aktiviti, seimbang dalam aspek pelajaran, serta mendidik pelajar dalam sahsiah diri.

Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah ditutup pada 19 November 2017.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018

Tarikh Semakan 30 November 2017
Semakan Tawaran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 4 2018

Syarat Kemasukan Untuk Pelajar Tingkatan 4.

Berikut merupakan syarat-syarat kemasukan pelajat Tingkatan 4 ke sekolah berasrama penuh (SBP)

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah agama bantuan kerajaan.
  • Cemerlang dalam akedemik.
  • Lulus dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)/saringan/temuduga.
  • Aktif dalam bidang kokurikulum.

Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Pehun (SBP) Tingkatan 4 2018

Kepada calon yang tidak berjaya, anda masih boleh membuat rayuan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Permohonan rayuan anda adalah bergantung kepada kekosongan SBP.

Permohonan e-Rayuan akan dibuka pada tarikh semakan keputusan tawaran dibuka.Kepada pemohon yang telah membuat permohonan tetapi tidak bernasib baik, berikut merupakan cara untuk membuat rayuan.

  1. Sila buat semakan keputusan di : Aplikasi Semakan Keputusan SBP
  2. SIla pilih menu Tawaran ke SBP Tingkatan 4.
  3. Masukkan angka giliran PBS anda.
  4. Masukan maklumat yang diperlukan dalam ruangan catatan seperti yang diminta.
  5. Kemudian, pilih butang “e-Rayuan”.
  6. Kemudian tekan butang hantar.

Maklumat diri yang diperlukan:-

  • Maklumat diri pemohon
  • Kepimpinan atau kokurukulum.
  • Maklumat mengenai Ibu Bapa atau penjaga
  • Alamat surat menyurat.

Semoga perkongsian Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018 ini bermanfaat kepada anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 6 =