Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Semakan keputusan PSPM 2017/2018. Perhatian kepada semua pelajar matrikulasi, anda kini boleh membuat semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

Semakan boleh dibuat secara Online, mengunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara manual. Semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) untuk sesi 2017/2018 boleh dibuat pada tarikh di bawah.

Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Berikut merupakan tarikh penting:-

Tarikh semakan boleh dibuat 27 Disember 2017

Rabu

4.00 Petang

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Secara Online:-

Bagi yang ingin membuat semakan secara online, anda boleh berbuat demikian dengan NO. MATRIK + 6 DIGIT terakhir dalam KAD PENGENALAN.

Semakan Online Semakan Keputusan Peperiksaan PSPMĀ  2017/2018

*Sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan akan dibuka pada tarikh keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) mengunakan SMS:-

Kepada pelajar yang ingin mengunakan alternatif lain iaitu mengunakan SMS sila ikuti langkah di bawah:-

MOE MAK (no Kad Pegenalan) dan hantar ke 15888

Contoh:-

MOE MAK 94513156301 kemudian hantar ke 15888

Untuk makluman lebih lanjut, anda boleh hubungi:-

  • Kolej Matrikulasi masing-masing.
  • Hal Ehwal Akedemik Bahagian Matrikulasi di Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM) di talian 03-8884 4020

Permohonan Untuk Semakan Semula Keputusan PSPM

Kepada pelajar Matrikulasi yang tidak berpuas hati dengan keputusan PSPM mereka, mereka boleh membuat rayuan untuk membuat semakan semula:-

  • Proses semakan semula keputusan peperiksaan hanya boleh dibuat selepas pengumuman rasmi keputusan dikeluarkan.
  • Kepada yang ingin membuat rayuan semakan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM. Borang boleh didapati di kolej matrikulasi, pejabat bahagian matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya ataupun melayari laman sesawang rasmi KPM di http://www.moe.gov.my.
  • Setiap kertas peperiksaan yang ingin disemak semula akan dikenakan bayaran seperti yang termaktub di borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM.
  • Bayaran untuk semakan semula kertas peperiksaan hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Borang semakan semula yang lengkap termasuk bayaran hendaklah sampai di Bahagian matrikulasi dalam masa dua minggu termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum.
  • Jika borang yang disertakan tidak lengkap termasuk bayaran akan dikembalikan semula kepada pemohon.
  • Permohonan selepas tarikh tutup adala TIDAK DILAYAN.
  • Keputusan semakan semula kertas peperiksaan akan diumum kepada pemohon melalui email pemohon seperti yang tertera dalam borang permohonan.
  • Keputusan semakan semula adalah MUKTAMAD.

Semoga perkongsian Semakan keputusan PSPM 2017/2018 ini bermanfaat kepada anda.

 

 

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × two =