SAPS Ibu Bapa 2018 Online

SAPS Ibu Bapa 2018 Online

SAPS Ibu Bapa 2018 Online. Sistem Analysis Peperiksaan Sekolah aiatpun lebih dikenali sebagai SAPS telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau perkembangan peperiksaan sekolah anak-anak mereka.

Selain daripada itu, sistem ini digunakan juga oleh para guru untuk key-in markah peperiksaan para pelajar.

Sistem SAPS meliputi semakan markah keputusan peperiksaan pelajar dari sekolah rendah (darjah satu (1) sehingga darjah enam (6)) DAN markah keputusan peperiksaan untuk sekolah menengah (tingkatan satu (1) sehingga tingkatan enam (6)).

Bagi peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih belum lagi boleh disemak mengunakan sistem aplikasi ini.

SAPS Ibu Bapa 2018 Online

  Tindakan Link
Semakan Keputusan Peperiksan Ibu Bapa SAPS Ibu Bapa
Key In Markah Keputusan Peperiksaan Warga Pendidik (Guru) Key In SAPS Guru

Cara Mengunakan sistem SAPS untuk para ibu bapa

SAPS Ibu Bapa 2018 Online

  1. Pada langkah pertama, masukkan nombor kad pengenalan atau nombor sijil lahir anak untuk membuat semakan keputusan peperiksaan. Pastikan nombor kad pengenalan yang dimasukkan tidak disertai dengan tanda sengkang (-) ataupun butang “space” pada papan kekunci anda.
  2. Pada langkah kedua, sila pilih negeri tempat anak anda belajar kemudian sila pilih nama sekolah.
  3. Klik pada butang semak.
  4. Keputusan peperiksaan anak anda akan dipaparkan.

Jika para ibu bapa mengalami kesulitan untuk membuat semakan keputusan mengunakan sistem SAPS ini, anda boleh menghubungi maklumat di bawah:-

Talian SAPS (012-6497579)
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat
Waktu berkerja sahaja (8 Pagi sehingga 5 Petang (kecuali Cuti Umum)
Rehat : 1.00 petang – 2 Petang ( kecuali Jumaat 12.15 petang – 2.45 petang)

Ataupun anda boleh menghubungi :-

PEGAWAI MEJA BANTUAN CARA ANDA DIBANTU
Guru MP/Guru Kelas/ Pengetua/Guru Besar SUP SAPS Sekolah Anda diminta Hubungi SUP SAPS sekolah anda
Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) Pegawai Unit ICT/ SPA di PPD Login ke dalam sistem SAPS dan dapatkan nombor telefon yang diperlukan
Pegawai SAPS PPD dan JPN Pegawai Unit ICT/SPA di BPSH, KPM Login ke SAPS dan dapatkan nombor telefon yang diperlukan atau isi borang aduan.

Semoga perkongsian SAPS Ibu Bapa 2018 Online ini bermanfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + sixteen =