Resepi Nasi Goreng Cina Yang Ringkas dan Sedap

Nasi Goreng Cina antara resepi nasi goreng yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. bagi mereka yang tidak sukakan kepedasan yang terdapat pada nasi goreng kampung, mungkin pilihan lain adalah nasi Goreng Cina.

Pada kali ini kami berkongsi dengan anda cara menyediakan ataupun resepi nasi goreng cina yang ringkas serta mudah disediakan dan juga sedap.

resepi nasi goreng cina

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap

Bahan-bahan.
Berikut adalah bahan-bahan yang perlu ada dalam penyediaan Nasi Goreng Cina.
  • Nasi putih
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Serbuk ayam
  • Ayam (tambahan sahaja)
  • Sayur campur
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
  • Telur
  • Lobak (tambahan)
Cara Penyediaan.
Manakala berikut pula adalah cara bagaimana penyediaan Nasi Goreng Cina.
  1. Masukkan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan panaskannya, lalu masukkan bawang putih dan bawang besar.
  2. Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
  3. Selepas itu masukkan nasi dan sayur campur dan kacau supaya telur yang dihancurkan sebati dengan nasi dan juga sayur campur. Anda juga boleh menambah daging ayam yang dipotong kecil.
  4. Selepas itu masukkan lada sulah, lada hitam, dan serbuk ayam, lalu gaulkan sampai naik bau.
  5. Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan dan siap dihidang.
Semoga resepi ringkas ini dapat membantu anda untuk menyediakan nasi goreng cina yang sedap dan lazat.

1 Comment on "Resepi Nasi Goreng Cina Yang Ringkas dan Sedap"

  1. Bila bahan nya banyak, rasanya juga pasti sedap dan lazat. Sebenarnya suka nasi goreng cina sebab ada ayam dan tak pedas.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*