Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Secara Online

Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Secara Online

Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Secara Online. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), anda kini boleh memohon untuk kemasukan sesi Februari 2018.

Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Secara Online

Berikut merupakan tarikh penting:-

Tarikh permohonan dibuka : 29 Oktober 2017
Tarikh permohonan ditutup : 25 November 2017
Permohonan secara online : Admission to UTM

Bagi kemasukan Februari 2018, kemasukan hanya bagi di Universiti Teknologi Mara cawangan Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja. Bagi pengambilan kemasukan sesi Februari 2018, tidak semua program akan ditawarkan.

Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Secara Online

Program Yang Ditawarkan Bagi Pengambilan Kemasukan Sesi Februari 2018.

Bagi sesi kemasukkan sesi Februari 2018, hanya program tersebut yang ditawarkan.

1.Program yang ditawarkan bagi Sarjana Muda Sains Komputer (lokasi UTM Johor Bahru)

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan.
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik dan Media).

2. Program yang ditawarkan bagi Sarjana Muda Pendidikan (lokasi UTM Johor Bahru)

  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Binaan Bangunan)
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektronik dan Elektronik)
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).

3. Program yang ditawarkan di Malaysia-Japan International Institute Of Technology (lokasi UTM KUala Lumpur)

  • Sarjana Muda Kejuruteran Sistem Elektronik
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan
  • Kejuruteraan Proses Kimia

Dokumen Yang Diperlukan:-

  1. Sijil kelayakan (STPM, Matrikulasi, Diploma, A-Level, ataupun kelayakan yang setaraf)
  2. Transkript kelayakan (Diploma, A-Level atau kelayakan yang setaraf)
  3. Akreditasi program daripada MQA bagi pemegang sijil Diploma (http://www.mqa.gov.my/)
  4. Sijil SPM
  5. MUET
  6. Kad Pengenalan
  7. Surat biasiswa (jika ada)
  8. Bukti surat berkerja (jika perlu)
  9. Bukti pembayaran ( jika perlu)

* Semuan permohonan WAJIB dihantar bersama dengan dokumen di atas

* Semua dokumen sokongan yang bukan berbahasa Melayu atau English WAJIB diterjemahkandalam  bahasa Inggeris yang disahkan.

* Sila muat naik (upload) dokumen yang diperlukan dalam format (.pdf) atau (.jpeg)

Untuk Maklumat Lanjut:-

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pengambilan kemasukan sesi Februari 2018, anda boleh menghubungi:-

Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
JOHOR DARUL TA’AZIM

Kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UTM), semoga berjaya untuk mendapat tawaran kemasukan Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Secara Online.

 

Be the first to comment on "Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Secara Online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*