Permohonan UPU Sesi 2018/2019 Online

Permohonan UPU Sesi 2018/2019 Online. Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), Matriukasi, Politeknik dan setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran kini boleh membuat permohonan secara online.

Maklumat Penting Permohonan UPU Sesi 2018/2019 Online

Sila rujuk maklumat penting mengenai permohonan UPU di bawah:-

Permohonan Dibuka : 5 Februari 2018

(12 tengahari)

Permohonan Ditutup : 10 April 2018

(11.59 malam)

Permohonan Online : Permohonan UPU Online

Kategori Permohonan UPU

Terdapat dua kategori dalam permohonan UPU iaitu untuk kategori lepasan STPM/Setaraf dan Lepasan SPM/Setaraf.

Kategori lepasan STPM/Setaraf

Bagi kategori ini, pemohon boleh memohon UPU Online bagi peringkat Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Pemohon yang yang boleh memohon untuk kategori ini ialah pelajar lepasan:-

  • Sijil TInggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017
  • Matrkulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017/2018
  • Asasi Sains Universiti Malaya 2017/2018
  • Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2017/2018
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia 2016 dan 2017
  • Diploma/Setaraf (Diploma UA/Politeknik, DKM, DKLM, DVM, Diploma IPTS, Diploma luar negara, lain-lain diploma, kelayakan setaraf dengan A-Level, IB, AUSMAT, SAM, CPU dan STPM/ STAM/Matrikulasi (bukan tahun semasa).

Kategori Lepasan SPM/Setaraf

Bagi kategori ini, pemohon boleh memohon UPU Online bagi peringkat Program Asasi, Diploma di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Pemohon yang yang boleh memohon untuk kategori ini ialah pelajar lepasan:-

  • SPM 2015
  • SPM 2016
  • SPM 2017

*Untuk pengetahuan semua, semua program yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti mendapat akreditasi daripada Malaysian Qualification Resister (MQA).

Permohonan UPU Sesi 2018/2019 Online

Cara Membuat Permohan UPU secara Online.

  • Sebelum membuat permohonan UPU secara Online, sila pastikan anda membeli Nombor Pin UPU di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Negara. Pembelian Nombor Pin UPU boleh didapati di kaunter BSN ataupun mesin ATM.
  • Nombor Pin UPU boleh diberi pada 5 Februari 2018 sehingga 9 April 2018.
  • Pembelian Nombor Pin UPU hendaklah dibuat secara individu.
  • Harga Nombor Pin UPU ialah RM15.

Semoga perkongsian Permohonan UPU Sesi 2018/2019 Online ini bermanfaat kepada anda.

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 4 =