Permohonan Sekolah Kawalan 2017 Online Tingkatan 1

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan untuk memasuki Sekolah Kawalan bagi tahun 2017. Permohonan Sekolah Kawalan 2017 boleh dilakukan secara online.

Sekolah kawalan termasuklah sekolah SMKA, KKA,SRN, SABK,KRM dan juga Kelas kawalan/premier.

Permohonan ini mula dibuka pada 1 September 2017 sehingga tarikh tutup 30 September 2016. Manakala keputusan akan dikeluarkan pada bulan Disember tahun ini.

permohonan sekolah kawalan tingkatan 1 online

Permohonan Sekolah Kawalan 2017Tingkatan 1 Online

Permohonan boleh dilakukan dengan cara-cara berikut.
  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/?kpm=
  2. Login dan isi borang, jika anda tidak permah mendaftar, daftar akaun dahulu sini: https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna
  3. Kemudian barulah login dan isi borang seperti biasa
Berikut merupakan beberapa soalan yang kerap ditanya mengenai permohonan Sekolah kawalan ini.
1.   Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
    Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
2.   Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
    Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.
3.   Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
    Ibu bapa dan penjaga.
4.   Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
    Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna. 
5.   Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
    Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul. 
6.   Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
    Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
Rujukan: Manual Pengguna. 
7.   Bagaimanakah jika saya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan?
    E-mel kepada pihak admin. 
Hubungi alamat di bawah jika anda terdapat sebrang persoalan.

E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jalan P16, 
Presint 16, 
62150 Putrajaya.
Talian Utama : +603-8890 3070
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Jabatan Pendidikan Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam,Selangor.
Talian Utama : +603-55186500 
E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my 
Selamat maju jaya untuk permohonan sekolah kawalan 2017 ini.

2 Comments on "Permohonan Sekolah Kawalan 2017 Online Tingkatan 1"

  1. Thanks for info..nak tanya, sekolah kawalan ni apa ye? sama dgn sekolah lain ke?

Leave a comment

Your email address will not be published.


*