Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online. Dalam Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit), kerajaan telah memberi sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan ataupun maksimum RM30,000 (mana yang lebih rendah) kepada pembeliuntuk memiliki rumah pertama yang berharga RM500,000 dan ke bawah.

Inisiatif ini diperkenalkan untuk membantu golongan pertengahan M40 untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim inisiatif ini telah dibuka sejak 6 April 2016 melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tarikh Penting Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

Permohonan Dibuka 15 Disember 2017
Permohonan Ditutup 15 Februari 208
Permohohonan Permohonan Secara Online

Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018

 

Syarat Dan Kelayakan Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Skim ini merupakan hanya untuk pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah SAHAJA. Pasangan isi rumah atau suami isteri yang telah mempunyai rumah adalah TIDAK LAYAK untuk memohon. (Isi rumah merujuk kepada pasangan suami isteri atau bujang).

Kriteria Projek Perumahan Yang Dibenarkan

  • Hanya projek permuahan berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja dibenarkan untuk dipohon.
  • Harga pembelian rumah adalah RM 500,000 dan ke bawah sahaja.
  • Hanya pembelian bagi projek perumahan tidak bersubsidi/insentif/dana kerajaan daripada swasta sahaja mempunyai kelulusan pembelian.
  • Projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri ataupun sebarang projek perumahan daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah TIDAK LAYAK untuk dipohon.

Dokumen Wajib Disertakan Dalam Permohonan MyDeposit.

Adalah dinasihatkan bahawa semua dokumen yang dimuat naik dalam sistem MyDeposit WAJIB (MANDATORI) dalam format .PDF.

  • Salinan kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
  • Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian (Jika berkenaan)
  • Akuan Bersumpah pengesahan bagi pemohon yang bujang
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan Akuan Bersumpah bagi pemohon yang bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Sila pastikan dalam Surat pengesahan tersebut mempunyai maklumat mengenai status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
  • Salinan penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan
  • Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen
  • Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan
  • Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online ini bermanfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × one =