Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018. Berita baik kepada rakyat negeri Johor, Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) untuk tahun 2018 kini dibuka untuk rakyat Johor.

Permohonan RMMJ ini terbuka hanya kepada rakyat Johor sahaja ataupun yang telah menetap di Johor lebih daripada 5 tahun. Selain daripada itu, pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan kasar sebanyak tidak lebih daripada RM 8,000 sebulan.

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Permohonan RMMJ hanya dibuka secara online dan pendaftaran secara bercetak tidak akan dilayan.

Berikut merupaka syarat-syarat permohonan RMMJ:-

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Berpendapatan kasar tidak lebih daripada RM8,000 sebulan
  • Menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor
  • Berkahwin atau bujang layak memohon
  • Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
  • Bagi pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu dengan memohon mengunakan PKJ B
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
  • Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran.
  • Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Jenis Rumah Dan Syarat Kelayakan Gaji

1. Rumah Komuniti Jenis A

Harga Rumah : RM 42000.00

Maksimum Pendapatan : RM 3000.00

2. Rumah Komuniti Jenis B

Harga Rumah : RM 80000.00

Maksimum Pendapatan : RM 5000.00

3. Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah

Harga Rumah : RM 150000.00 hingga RM 220000.00

Maksimum Pendapatan : RM 8000.00

Cara Membuat Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

  1. Kepada pemohon yang baru pertama kali memohon, sila daftar akaun baru di APLIKASI PERMOHONAN RMMJ 2018
  2. Log in akaun anda dan kemaskini maklumat peribadi anda dengan tepat.
  3. Pilih mukim anda dan kategori rumah yang ingin dipohon.
  4. Setelah anda mengemaskini maklumat diri anda, sila hantar permohonan.
  5. Hanya yang layak sahaja akan menerima notis pemberitahuan untuk membawa dokumen yang diperlukan untuk penawaran rumah mengikut perkembangan projek.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai RMMJ, sila klik sini

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 ini bermanfaat kepada anda.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − three =