Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat

Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat

Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat. Berita gembira buat semua yang berminat untuk menjadi Perajurit Muda Tentera Darat (TD) di Tentera Darat Malaysia (TDM).

Permohonan untuk menjadi Perajurit Muda Tentera Darat boleh dibuat secara online bagi siri 186 lelaki dan siri 44 untuk perempuan.

Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat

Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat

Permohonan secara Online telah dibuka pada 4 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018. Sila rujuk laman Facebook rasmi Tentera Darat Malaysia dan laman sesawang rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk membuat permohonan atau membuat semakan keputusan.

Tarikh pemilihan awal akan dilakukan di beberapa lokasi dalam Malaysia bermula pada 13 sehingga 22 Januari 2018.

Para pemohon yang berjaya dalam pemilihan awal akan dimasukkan dalam Calon Lelaki dan Wanita Kor Agama Angkatan Tentera dan merek yag bejaya dalam pemilihan awal akan ditawarkan untuk menghadirkan diri bagi sesi pemilihan akhir.

Syarat Permohonan Perajurit Muda

Tentera Darat Malaysia mempelawa semua warganegara untuk menghadiri pemilihan awal yang memenuhi syarat-syarat.

Berikut merupakan syarat untuk menjadi Perajurit Muda Tentera darat (TD).:

LELAKI

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/
MATEMATIK/ SAINS (BIO/FIZIK/KIMIA). LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.

2.Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU Kod 1104 dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/MATEMATIK/ SAINS.

3.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

4.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan LULUS dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

5.Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM
(KAGAT).

6.Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

7.Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf
KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak
mendapat sijil diperingkat SPM.

6.Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

WANITA
1.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA
INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.

2.Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.

3.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

4.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada
peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

5.Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan KEPUJIAN untuk subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

6.Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

7.Diploma dalam bidang TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

8. Diploma Pelbagai Bidang dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

Semoga perkongsian Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat ini bermanfat kepada anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 1 =