Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan insentif kepada mereka yang kurang berkemampuan bagi memiliki rumah pertama mereka. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman.

 Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

permohonan mydeposit

Syarat Permohonan MyDeposit 

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa yang ingin memohon skim ini.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan;
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

Dokumen Sokongan diperlukan untuk Permohonan MyDeposit

Berikut adalah antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik ketika membuat permohonan secara online permohonan MyDeposit.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
  • Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
  • salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.

Cara Permohonan Skim MyDeposit

Berikut adalah pautan untuk pendaftaran MyDeposit
 Link: MOHON

Be the first to comment on "Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*