Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2018

permohonan sekokah teknik 2018

Berita baik kepada pelajar yang berada di tingkatan 3 pada tahun 2017 dan bakal menghadapi peperiksaan PT3. Kini permohonan kemasukan ke Sekolah Teknik dan juga Kolej Vokasional bagi sesi pembelajaran tahun 2018 kini dibuka. Begitu juga bagi pelajar lepasan UPSR 2017 boleh membuat permohona kemasukan ke Pendidikan Asas Vokasional Tingkatan 1.

Permohonan bagi memasuki Sekola Teknik dan Kolej Vokasional ini boleh dibuat secara atas talian (online) pada laman web rasmi  SPTV.

Permohonan Kemasukan Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional

Permohonan ini terbahagi kepada dua iaitu;

  1. Permohonan ke KV dan SMT
  2. Permohonan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 1.

Secara ringkasnya beza permohonan ini adalah, kategori 1 merupakan kemasukan ke tingkatan 4 selepas para pelajar menduduki peperiksaan PT3 pada tahun 2017. Manakala, bagi kategori kedua pula adalah permohonan untuk memasuki tingkatan 1. Maksudnya para pelajar lepasan UPSR boleh membuat permohonan ini.

Baca: Senarai Kolej Vokasional di Malaysia

Berikut kami sediakan cara untuk membuat permohonan mengikut kategori yang sesuai untuk anda:

Kategori 1: Permohonan KV dan SMT Tingkatan 4, KLIK SINI

Kategori 2: Permohonan PAV Tingkatan 1, KLIK SINI

Berikut adalah info rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan beza 2 kategori ini.

Info :

• Program KV dan SMT – Murid Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki PBS / PAV :
i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV/ILKA/ILKS
ii. Sekolah Menengah Teknik (SPM)
iii. Program Kemahiran/Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA
• Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 1 – Murid Lepasan UPSR
*bergantung kepada syarat permohonan, institusi & kursus yang ditetapkan- rujuk permohonan

Hubungi Kami

Jika anda ada sebarang persoalan, bolehlah terus menghubungi :

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 6, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
No telefon : 03-8000 8000

Tarikh Permohonan buka dan Tutup

Setakat ini masih tiada tarikh rasmi bila permohonan ini dibuka dan bila ditutup. Akan tetapi sepeti kebiasaan setiap tahun  permohonan ini dibuka pada minggu pertama atau kedua bulan Oktober.

Bookmark page ini untuk melihat kemaskini yang kami lakukan berkenaan pautan untuk anda mula membuat permohonan kemasukan ek Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional bagi sesi pembelajaran tahun 2018.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada anda yang berhasrat untuk memasuki pengajian ini. Semoga permohonan anda diterima untuk melanjutkan pejaran ke Koleh Vokasional ataupun Sekolah Teknik.

 

Be the first to comment on "Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*