Permohonan Kemasukan IPG 2018

Permohonan Kemasukan IPG 2018

Permohonan Kemasukan IPG 2018. Kepada pelajar lepasan tingkatan 5 yang telah mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berminat untuk menjadi warga pendidik, anda kini sudah boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG)  dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kini semakin diminati ramai kerana ramai yang berangapan bahawa program ini bakal menawarkan pekerjaan kepada mereka dalam sektor kerajaan setelah habis pengajian nanti.

Namun begitu, pelajar lepasan IPG yang mengambil PISMP mudah untuk mendapatkan penempatan untuk menjadi tenaga pengajar sepenuh masa di seluruh negara. Namun kini, pelajar PISMP masih lagi ditempatkan untuk mengajar walaupun kelihatan agak perlahan dan mengalamio kesukaran dalam isu penempatan guru-guru.

Kepada pemohon yang ingin memohon, anda dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kelayakan untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum membuat permohonan.

Pemohon juga perlu peka dengan sebarang pengumuman tarikh-tarikh penting mengengenai pengambilan IPG sesi 2018.

Permohonan Kemasukan IPG 2018

Tarikh Permohonan Dibuka : Bulan Mac 2018

(Tarikh rasmi akan dikemaskini)

Tarikh Permohonan Dititup :  Tarikh rasmi belum dikeluarkan
Permohonan Online : Aplikasi Permohonan IPG

Proses Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2018

  1. Kepada calon yang berminat untuk masuk ke IPG, sila buat permohonan secara online di aplikasi permohonan IPG.
  2. Calon yang berjaya disenarai pendekkan akan melalui Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Ujiaan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ini terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian bertulis dan bahagian fizikal. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk menguji tahap fizikal dan intelektual pemohon.
  3. Pemohon yang telah menjalani UKCG akan menunggu beberapa hari sebelum keputusan UKCG dikeluarkan. Hanya pemohon yang berjaya dalam UKCG sahaja akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.
  4. Para pemohon yang akan berjaya akan dihubungi mengenai tempat dan masa untuk temuduga dijalankan.
  5. Setelah proses temuduga dijalankan, pemohon akan menungu selama beberapa minggu sebelum keputusan temuduga diketahui.

Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan IPG 2018 ini bermanfaat kepada anda. Yahniah diucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, sila cuba lagi untuk pengambilan yang akan datang.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + nineteen =