Berita Malaysia

Semua yang Berlaku Dalam Malaysia

  • Home
  • Permohonan UPU 2018
  • SAPS
  • SPA8i
  • pendidikan
  • sukan
  • Hiburan
  • Permohonan
Home » Uncategorized » Pelajar Kolej Dihukum Gantung Bunuh Pensyarah Sendiri

Pelajar Kolej Dihukum Gantung Bunuh Pensyarah Sendiri

on October 3, 2015



BEKAS PELAJAR KOLEJ DIHUKUM GANTUNG BUNUH PENSYARAH

SHAH ALAM | Selasa, 29 September 2015 : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) selepas didapati bersalah membunuh pensyarahnya, Zara Eleena Omar Peter, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muhammad Safwan Mohamed, 23, selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata keterangan saksi pendakwaan sebelum ini, membawa kepada pensabitan tertuduh terhadap pembunuhan Zara Eleena.

Beliau berkata pembuktian bagi kes pembelaan tertuduh tidak mencukupi dan lebih kepada penafian semata-mata.
“Tertuduh nafi…menyebabkan kematian Zara Eleena. Beliau nafikan penglibatannya dalam kesalahan itu secara total”.

“Keterangan tertuduh berbeza dengan keterangan saksi pendakwaan,” kata Abdul Halim. Tambah beliau, sebarang pembelaan mesti disokong bukti sahih yang meyakinkan tetapi dalam kes itu tiada saksi lain ditampilkan untuk menyokong pembelaan tertuduh.

Muhammad Safwan, yang memakai jersi berwarna biru, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan dan dia kemudian dipeluk ibu serta anggota keluarganya sejurus prosiding selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan. Seramai 32 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pada 30 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi di sini, melepas dan membebaskan Muhammad Safwan tanpa dipanggil membela diri bagi tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Tiga lagi rakannya iaitu Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 23, Mohamad Sharafe Matt Noh, 22, dan Azizi Aizat Ibrahim, 23, bagaimanapun dijatuhi hukuman mati atas tuduhan sama.

Pada 30 Julai lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan Muhammad Safwan daripada tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi memerintahnya membela diri terhadap tuduhan membunuh Zara Eleena, pensyarah Bahasa Inggeris di kolej berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat ditolak dan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap mereka.

Muhammad Safwan, Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.

Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya di Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. – BERNAMA

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)

Related

Recent Comments

  • Thenewsia on Semakan Syarat Kemasukan IPG
  • Semakan Syarat Kemasukan IPG - Berita Malaysia on Permohonan Kemasukan IPG 2018
  • Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018 - Berita Malaysia on Semakan Keputusan PSPM 2017/2018
  • SAPS Ibu Bapa 2018 Online - Berita Malaysia on Result Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 Semakan
  • Cuti Umum Selangor 2018 Kelepasan Am - Berita Malaysia on Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Categories

  • agama
  • artis
  • Hiburan
  • info
  • kesihatan
  • pendidikan
  • Permohonan
  • resepi
  • semakan
  • sukan
  • terkini
  • Uncategorized
  • Viral

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright ©  2018 Berita Malaysia · All Rights Reserved · Log in

Powered by Genesis and the Mobile First Adaptation Theme