Nahas Hawk: ‘ Ucapan ‘ Mejar Mohd. Hasri Zahari

 Pada malam sebelum kejadian Nahas Hawk yang berlaku lebih kurang jm 12.30 minit tenghari semalam. Mejar Mohd. Hasri Zahari yang berasal dari jempol ada menghantar ucapan untuk disiarkan di radio NegeriFM. Walaubagaimanapun NegeriFM belum lagi menyiarkan ucapan itu di corong radio.

 Ucapan Selamat Hari Raya itu dihantar melalui Whatsapp kepada Hanna Adlint Nasatiun Ahmad, 33, iaitu Wartawan Jabatan Penyiaran Malaysia  (RTM) di Negeri Sembilan pada jam 8.18 malam, malam sebelum kejadian.

 Menurut Hanna, dia mengenali Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari semasa membuat liputan Program TUDM pada 25 jun lalu.

 ” Saya mengenali arwah sewaktu membuat liputan Program TUDM Bersama Media pada 25 jun lalu dan sempat menemuramahnya.

 ” Sebab itu semalam sayamenghubunginya untuk meminta beliau membuat ucapan raya untuk meminta beliau membuat ucapan raya untuk disiarkan di NegeriFM dan dia menghantar rakaman ucapan melalui whatsapp kepada saya,” katanya.

 Menurut Hanna Lagi, dia ada menghubungi arwah pada jam 3.37 petang pada hari kejadian, namun tiada respon balas darinya.

 ” Salam Aidilfitri. Saya Mejar Mohd ZAhari TUDM, juruterbang pesawat Hawk dari No. 6 skuadron Pangkalan Udara Labuan Ingin mengucapkan selamat Hari Raya kepada pendengar NegeriFM, ahli keluarga, sahabat haandai dan seluruh warga TUDM. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin”.- Mejar Mohd Hasri Zahari.

Be the first to comment on "Nahas Hawk: ‘ Ucapan ‘ Mejar Mohd. Hasri Zahari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*