Nahas Hawk: Pilot Buat Tanda Pangkah, Penduduk Cuma Lambai Semula Sangka Latihan

 Pilot sempat buat isyarat minta pertolongan, penduduk cuma lambai semula sangka latihan payung terjun.

 Pesawat TUDM berlegar-legar di ruang udara mencari bangkai pesawat Hawk yang masih belum dijumpai.
 KEMAMAN – Salah seorang daripada dua pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam tragedii pesawat pejuang jenis Hawk 108 dilihat sempat membuat isyarat memita pertolongan kepada penduduk kampung sebelum terjatuh di kawasan berpaya di Kampung Pondok Pasir, Ibol dekat sini hari ini.
 Seorang penduduk. Siti Zamilah MOhd Hussin 27, berkata, kelibat dua pegawai TUDM itu dalam keadaan berpayung terjun tersebut dilihat sewaktu dia sedang menyapu sampah diluar kawasan rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari.
 ” Sewaktu sedang menyapu di luar halaman rumah tiba-tiba saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat sebelum kelihatan kelibat dua lelaki berpakaian hitam yang memakai payung terjun.
” Salah seorang daripada mereka dilihat membuat isyarat tangan pangkah kepada saya sambil menarik-narik tali payung terjun.” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
 Siti Zamilah berkata, dia yang tidak mengetahui perbuatan membuat tangan pangkah terbabit merupakan isyarat meminta pertolongan.
 Menuratnya, dia sekadar membalas dengan melambai-lambaikan tangannya kerana hanya menyangka kedua-dua pegawai TUDM  sedang menjalani latihan payung terjun.

Be the first to comment on "Nahas Hawk: Pilot Buat Tanda Pangkah, Penduduk Cuma Lambai Semula Sangka Latihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*