Misteri Telan Benang Kiswah Kaabah

Pelik juga, ada yang sampai terlalu taksub dengan perkara ini. Dilaporkan oleh pihak keselamatan Makkah, terdapat beberapa jemaah yang sanggup menggunting kain kiswah kaabah, kemudian mereka telan.

Kejadian ini dilaporkan semakin berleluasa dikalangan jemaah haji. Mereka berpandangan kononnya benang kiswah yang ditelan itu akan membawa keberkatan kepada mereka.

 Memetik kata-kata  Pengarah Pembuatan Kiswah;

“Perkara ini berlaku hampir setiap hari. Kami terpaksa menjahit semula bahagian yang telah digunting oleh pihak tidak bertanggungjawab terbabit,” katanya kepada Al-Arabiya

Jika difikirkan akal yang sihat, adalah amat tidak munasabah apa yang mereka lakukan itu. Jika kita beragama, janglah terlalu taksub sehinggakan benang kiswah yang tidak membawa manfaat atau mudarat kepada kita tu, dijadikan ikhtiar untuk sesuatu.

Seharusnya, sampai di sana ( mekkah), gunakanlah masa yang ada untuk beribadah dengan khusyuk dan memohon keampunan.

Wallahualam.

Be the first to comment on "Misteri Telan Benang Kiswah Kaabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*