Merogol Remaja Wanita Dalam Keadaan Mabuk

 Kota Kinabalu – Empat lelaki termasuk seorang remaja 18 tahun dicekup polis selepas didapati terbabit dalam kes rogol sekumpulan dalam beberapa tangkapan berasingan di sekitar bandar Kota Kinabalu.

 Ketua polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, semua suspek berusia antara 18 tahun hingga 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu dalam empat serbuan di lokasi berasingan.

 Beliau berkata, semua suspek disyaki terlibat dalam kes merogol seorang remaja berusia 18 tahun di sebuah lokasi di Daerah ini kira-kira jam 1.40 pagi pada 9 jun lalu.

 ” Pengadu iaitu mangsa sendiri telah membuat satu laporan polis pada hari kejadian yang sama kira-kira jam 5.20 petang berhubung insiden berkenaan.

 ” bertindak atas maklumat pengadu dan risikan, polis kemudiannya membuat empat serbuan di tempat yang berasingan pada 14 jun di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sebelum berjaya menahan semua suspek, katanya.

 Chandra berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima, salah seorang suspek yang ditahan adalah kenalan kepada mangsa daripada aplikasi Wechat.

 ” Hasil soal siasat, keempat-empat suspek mengaku merogol mangsa dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh alkohol.

 ” Kini, semua suspek itu ditahan reman di IPD Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut syeksen 375B kanun keseksaan,” katanya.

 Tambah beliau, susulan kejayaan tangkapan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah telepon bimbit untuk membantu siasatan kes berkenaan

Be the first to comment on "Merogol Remaja Wanita Dalam Keadaan Mabuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*