Koleksi Ucapan Raya Aidil Fitri Ringkas

Koleksi Ucapan Aidil Fitri Yang Ringkas

koleksi ucapan aidil fitri ringkas
Secebis kasih membuatkan kita syang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Jika kesilapan semalam belum terampun “MAAFKANLAH”
Jika kesilapan hari ini menyakitkanhati “LUPAKANLAH”
Jika kseilapan mendatang,janganlah di bawa ke “AKHIRAT”
Ingin menyusun sepuluh jari,mohon ampun dan maaf
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ada ketika,
Mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf mentafsir,
Dan….
Hati tersilap menduga,
Mohon maaf atas segalanya,
Salam Aidil Fitri, maaf Zahir dan Batin.
Dalam kerendahan hati 
ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
DAlam kelembutan lidah
ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda
tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Di Aidil Fitri mulia,
Maaf dipinta andainya
Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpinjam harta benda
dan macam-macam lagi
yang Tersalah & Tersilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Be the first to comment on "Koleksi Ucapan Raya Aidil Fitri Ringkas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*