Khas Buat Lelaki, Cuba Peluk Isteri Anda Selama 2 Minit. Nak Tahu Kenapa?

 Khusus buat lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai isteri, ini adalah satu tips atau rahsia panjang umur yang mana ada sesetengah suami tidak mengetahui dalam adat berumah tangga.

Caranya mudah sahaja, peluk isteri anda dengan penuh perasaan kasih sayang selama 2 minit dan percayalah dengan cara ini ia boleh meredakan tekanan anda.

Mengikut kajian, satu pelukkan mengeluarkan hormon gembira dan automatik anda akan ikut gembira. Ada juga yang mengatakan kesan suami peluk isteri dapat mengurangkan kadar kolestrol dan tingkatkan lagi kesihatan isteri.

Berikutnya adalah 4 cara mengeratkan lagi hubungan suami isteri:

1. Ungkapan I Love You setiap hari

 Isteri atau wanita akan rasa bahagia apabila suami menyebut perkataan “I love You” ini. Pastikan hari isteri anda ceria dan berbunga-bunga setiap hari, dengan cara ini juga isteri akan memberi layanan yang baik kepada suami.

2. Ayat romantik itu penting.

 Jangan hanya zaman bercinta saja nak buat ayat romantik. Walaupun dah kahwin ayat cinta itu juga harus dikekalkan agat mengharumkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.

3. Pujuk memujuk

 Dalam hubungan suami isteri ini, suami atau isteri harus jaga percakapan atau cara layanan dengan orang lain agar kedua belah pihak tidak berfikiran lain dan agar tidak menyakiti hati setiap pasangan. Jika ada persengketaan di antara kedua belah pihak antara satu harus bersabar atau mengalah dan harus memujuk pasangan jika ambil hati.

4. Jangan segan atau cium pasangan (pasangan suami isteri )

 Walaupun sudah bersama beberapa tahun, jangan ada rasa segan atau peluk isteri, peluk isteri selam 2 minit pun dah kira ok. dengan cara ini juga pasangan suami isteri sentiasa dilimpahi kasih sayang.

Be the first to comment on "Khas Buat Lelaki, Cuba Peluk Isteri Anda Selama 2 Minit. Nak Tahu Kenapa?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*