Kepada Yang Tinggal Area Lembah Klang. Kenal Pasti Muka Banduan Ini. Dan Hati-Hati

Penduduk Kampung Paya Jaras Tengah berada dalam ketakutan selepas mengetahui berita tahanan polis meloloskan diri di sekitar kawasan kediaman mereka.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hawa berkata, beliau merasakan kawasan kediaman yang didudukinya ketika ini seperti sudah tidak selamat.

“Pada malam kejadian itu, saya dan suami sedang menonton televisyen. Tiba-tiba kami terdengar bunyi orang berlari dengan hentakan kaki yang sangat kuat.

“Keesokan harinya baru kami tahun bahawa seorang tahanan polis terlepas. Memang takut selepas mendapat tahu maklumat mengenai tahanan terlepas itu. Saya  pastikan rumah saya berkunci dan tingkap ditutup dengan rapat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang peniaga, Kamariah Mohd yang tinggal di kawasan kampung Paya Jaras Tengah khuatir sekiranya OKT (orang kena tuduh) berkenaan memecah masuk rumahnya.

“Saya bimbang dan takut sekiranya tahanan itu menerjah kedai atau rumah kami. Bila dapat tahu mengenai perkara ini saya bertambah takut apabila kawasan sekitar ini memang banyak kes pecah rumah dan samun,” katanya.

Pada 7 Disember, seorang OKT berusia 34 tahun yang masih dalam keadaan bergari dan berbaju lokap berwarna jingga melarikan diri ketika berada di bawah tahanan polis daerah Klang Utara dalam satu rancangan serbuan di Paya Jaras.

Tahanan itu dipercayai terlibat dengan 20 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara.

Be the first to comment on "Kepada Yang Tinggal Area Lembah Klang. Kenal Pasti Muka Banduan Ini. Dan Hati-Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*