Kadar Dividen KWSP 2017 2018 EPF

Kadar Dividen KWSP 2017/2018 EPF

Kadar Dividen KWSP 2017/2018 EPF. Kadar dividen bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun 2017 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Februari 2018 ataupun selewatnya pada awal bulan Mac 2018.

Para pencarum pastinya berharap agar dividen KWSP bagi tahun 2017 juga akan bertambah baik seperti kadar dividen ASB 2017.

Kadar dividen KWSP bagi tahun lalu yang telah diumumkan adalah 5.7%. Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), berfungsi untuk menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui kaedah pengurusan simpanan mereka dengan cekap.

Pada masa kini, dengan banyak faktor yang menyebabkan kos sara hidup di negara kita semakin meningkat serta ketidak tentuan ekonomi negara menyebabkan rakyat susah untuk membuat simpanan.

Kadar Dividen KWSP 2017/2018 EPF

Dengan adanya kenaikan dividen KWSP, dana yang tersimpan boleh memastikan simpanan para pencarum mendapatkan pulangan yang lebih baik sebagai persedian dan manfaat di masa akan datang.

Kadar Dividen KWSP 2017/2018 EPF

Kadar dividen bagi tahun 2017 akan di kemaskini selepas pengumuman rasmi daripada KWSP dikeluarkan.

Tahun  Dividen
2017 Akan Diumumkan
2016 5.70 %
2015 6.40 %
2014 6.75 %
2013 6.35 %
2012 6.15 %
2011 6.00 %
2010 5.80 %

*Sila rujuk laman sesawang rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk maklumat lebih lanjut

Semakan Jumlah Pendapatan KWSP Ahli

Kepada semua pencarum KWSP, anda boleh membuat semakan penyata akaun untuk jumlah pengkreditan dividen secara online ataupun secara manual

Bagi ahli yang ingin membuat semakan secara online, sila buat semakan mengunakan i-Akaun di portal rasmi KWSP . Sila pastikan anda sudah mendaftar sebelum membuat semakan secara online.

Bagi ahli yang ingin membuat semakan secara manual pula, anda boleh berbuat demikian di semua kiosk KWSP ataupun kaunter cawangan KWSP yang berdekatan dengan anda.

Semakan dividen hanya boleh dibuat selepas pengumuman tarikh rasmi dividen KWSP diumumkan.

Maklumat Lanjut Mengenai KWSP

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KWSP ataupun dividen KWSP 2017, anda boleh memperolehi maklumat di:-

Anda juga boleh layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran, i-Akaun, muat turun borang dan pelbagai lagi perkhidmatan KWSP lain.

Semoga perkongsian Kadar Dividen KWSP 2017/2018 EPF ini bermanfaat kepada anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 2 =