CR7 Mahu Tinggalkan Real Madrid

 Penyerang Real Madrid Cristiano Ronaldo mahu meninggalkan kelab itu selepas dituduh memalsukan cukai di negara itu, lapor akhbar harian sukan Portugal, A Bola, hari ini.

 Akhbar itu menyatakan cerita terbabit diperolehi menerusi sumber dipercayai dan pemain berusia 32 tahun itu yang juga pemain terbaik dunia sebanyak empat kali sudah membuat keputusan mahu berhijrah.

 Difahamkan Ronaldo ‘benar-benar kecewa’ dengan tuduhan dilemparkan terhadapnya.

 Pendakwaraya Sepanyol mengemukakan saman terhadap pemain terbabit menuduhnya cuba mengelak cukai pihak berkuasa sebanyak 14.7 juta euro (RM70.1 juta) dengan menyembunyikan pendapatannya antara 2011 dan 2014.

 Ronaldo menafikan sebarang salah laku mengenainya.

 Real Madrid semalam menyatakan keyakinan terhadap penyerang Portugal itu yang mengikut perundangan.

 Kelab serta pemain terbabit tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen berhubung laporan itu.

 Ronaldo mengetuai Real Madrid menjulang gelaran Piala Liga Juara Juara kali-12 awal bulan ini.

 Dia meledak dua gol menang 4-1 ke atas juventus ada final di Cardiff dan muncul selaku penjaring terbanyak.

Be the first to comment on "CR7 Mahu Tinggalkan Real Madrid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*