Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi. Adakah anda sering menghadap maslah line internet lembap? Adakah anda memerlukan pelan internet yang laju dan sesuai dengan anda?
Sekiranya anda masih tercari-cari pelan internet telco yang sesuai, anda bolehlah mencuba pelan internet daripada Unifi Mobile.
Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi
Pelan internet Unifi Mobile ini bakal mengantikan pelan internet Webe yang terkenal dengan internet tanpa had pada harga yang sangat murah iaitu sebanyak RM79 sahaja.
Bagi pelan Unifi Mobil pula, pelan tersebut diperkenalkan dengan konsep tamat tempoh atau lebh dikenali sebagai Prepaid dan pelan ini masih belum lagi memperkenalkan pelan jenis postpaid.
Sempena pelancaran Unifi Mobile, anda boleh memohon untuk mencuba pelan tersebut secara percuma. Sebanyak 1 juta sim kad telah diperuntukan untuk diberikan secara percuma sehingga promosi tamat pada 31 Mac 2018.
Selain daripada itu, setiap pemhon juga boleh memohon lima (5) sim kad secara percuma.
Pakej Dan Harga Add On yangterdapat dalam sim kad Unifi Mobile.
Sebagai ingi, setiap sim kad mempunyai:-
- 20 GB data (LTE sahaja)
- 50 MB data (3g / LTE)
- 10 minit masa panggilan ke semua rangkaian.
- 10 SMS ke semua rangkaian.
Jika anda memohon untuk mendapatkan lima (5) simkad, anda akan mendapat (5 x 20GB) secara percuma.
Bagi pakej Add On pula, anda boleh memilih untuk:-
- 8 GB High – speed (4 GB LTE sahaja + 4GB LTE/ 3G) – RM 50
- 4 GB High – speed (2 GB LTE sahaja + 2GB LTE/ 3G) – RM 30
- 2 GB High – speed (1 GB LTE sahaja + 1GB LTE/ 3G) – RM 15
- 1 GB Internet asas (1 GB LTE / 3G) – RM 13
- 200 min calls + 200 SMS – RM30
- 60 min calls + 60 SMS – RM10
Cara Memohon simkad Unifi Secara Percuma.
- Muat turun aplikasi mobile@unifi di Google Play
- Buka aplikasi mobile@unifi dan klik pada “I want ti get a sim”
- Baca terma dan syarat kemudian klik pada “I Want To Start Now”.
- Masukkan maklumat diri seperti yang diperlukan.
- Setelah memasukkan maklumat diri, sila pilih berapa simkad yang anda ingin pohon. Seorang pemohon boleh memohon sehingga 5 sim kad maksimum.
- Sila pilih cara anda untuk mengambil simkad tersebur. Anda sendiri boleh mengambil sim kad tersebut di TM Point yang berdekatan dengan anda atau pun penghantaran mengunakan Pos. Penghantaran mengunakan pos akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10.60
Semoga perkongsian Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi ini bermanfaat kepada anda.