Budak 13 Tahun Dihukum Penjara 20 Tahun Kerana Menembak Lelaki Yang Cuba Merogol Ibunya

 Apa yang akan anda lakukan jika ada orang yang tidak dikenali cuba pecah masuk rumah anda dan cuba untuk merogol ibu anda? Anda mesti sangat marah, panik dan kaku tak tahu nak buat apa.
  Mexico, insiden ini berlaku dimana seorang budak yang berusia 13 tahun telah menembak seorang lelaki  tidak dikenali yang cuba untuk memukul dan  merogol ibunya.

 Paling menyedihkan budak berusia 13 tahun itu diberikan hukuman penjara 20 tahun, sedangkan niat anak itu untuk menyelamatkan ibunya.

Ingin Tolong Mak, Akhirnya Diberikan Hukuman Penjara

 Berita yang melibatkan budak 13 tahun ini telah mendapat perhatian dunia apabila dia dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun kerana menembak mati seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki yang tidak dikenali itu juga memukul ibunya dengan teruk serta cuba untuk merogol ibunya.
 Selepas saja mendengar ibunya menjerit meminta pertolongan, budak itu terus mengambil senjata kepunyaan ayahnya dan menembak lelaki tersebut dengan beberapa das tembakan sehingga lelaki itu mati.
 Nasib tidak menyebelahi, kerana tindakan yang keterlaluan dilakukan serta prosiding kehakiman kanak-kanak itu sebelum ini, dia telah dibicarakan sebagai seorang dewasa. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun kerana tidak mendapat serta mencari bukti yang kukuh dimana dia boleh dilepaskan dari hukuman penjara itu.

Be the first to comment on "Budak 13 Tahun Dihukum Penjara 20 Tahun Kerana Menembak Lelaki Yang Cuba Merogol Ibunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*