Bercakap ketika azan berkumandang

Assalmualaikum..

Cakap pasal Agama ni tak juga la pandai sangat, tapi apa yang kita tahu kita beri tahu dan apa yang kita tidak tahu kita tak perlu beri tahu. Semenjak kebelakangan ni kita sering dengar orang kata ” jangan bercakap ketika azan nanti kita tak dapat mengucap ketika hendak meninggal dunia ” dan lagi satu “jangan baring ketika azan ,nanti jenazah kita akan berat”

Orang yang mengatakan tidak boleh bercakap ketika azan mungkin menggunakan hadis:
Atau orang yang katakan itu tak mengambil tahu dari mana dia dapatkan ayat tu, ikut cakap orang kata apa. Jika ada orang yang kata Hadis ini adalah sahih ini bermakna dia tidak membaca dan menyelidiknya dengan betul.

Berkenaan Hadis adalah TIDAK SAHIH ( samada DHAIF atau PALSU), ini kerana bukan sahaja ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab-kitab matan hadis dan takhrij, malah hadis ini bertentangan dengan dalil-dalil sahih yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para Sahabat pernah bercakap-bercakap ketika azan.

Imam Bukhari yang merupakan pakar dan imam mujtahid hadis yang juga merupakan seorang yang faqih dan mujtahid dalam bidang figh ada meletakkan bab ” Berkata-kata ketika azan” dalam kitab sahihnya. Contohnya:

“Sulaiman bin shurad berbincang-bincang(berkata-kata) sewaktu ia mengumandangkan azan”(sahih Bukhari).

Para fuqaha berselisih pendapat:

1) Dibolekan dan tiada masalah : Yang berpendapat bahawa ianya dibolekan(tiada masalah) adalah al-Hasan, al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.

2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq “Sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan maka ianya tidak makruh.

3) Makruh ketika iqamah dan tidak makruh ketika azan : Dan ada juga fuqaha yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini masyur pada imam Ahmad. (lebih lanjut -rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh ibn Rajab al-Hanbali dalam bab ” berkata-kata ketika azan”)

kita dapat lihat di sini, tiada para Fuqaha’ mengatakan yang haram berbual-bual ketika azan dikumandang.


bercakap ketika azan

2 Comments on "Bercakap ketika azan berkumandang"

  1. Terima kasih berkongsi ilmu tentang perkara ni

  2. sama-sama Bahrain Ramlan

Leave a comment

Your email address will not be published.


*