Bayaran Cash. Dua Lelaki Maut Kemalangan Selepas Melakukan Samun di Johor

Dua lelaki yang baru melakukan samun bersenjatakan parang maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan trak pikap Tenaga Nasional Berhad (TNB) di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuning, Taman Pelangi, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, dua suspek itu maut di tempat kejadian, manakala penumpang trak pikap TNB patah paha dan pemandunya cedera ringan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, dua lelaki berusia 28 dan 34 tahun itu baru melakukan samun terhadap mangsa lelaki 33 tahun kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kemalangan.
“Mereka samun menggunakan parang ketika mangsa ingin masuk ke dalam kereta dan sempat melarikan beg sandang mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa samun kemudian bertindak mengejar suspek menggunakan keretanya sebelum suspek terbabas dan melanggar trak pikap TNB di lokasi kemalangan.

Be the first to comment on "Bayaran Cash. Dua Lelaki Maut Kemalangan Selepas Melakukan Samun di Johor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*