Anak Kepada Budak 11 Tahun Bersalin, Meninggal Dunia

Bayi lelaki yang dilahirkan seorang budak berusia 11 tahun, Rabu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah, kira-kira 3 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM).

“Saya difahamkan bayi itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bahau,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias mengesahkan bayi itu meninggal dunia akibat komplikasi dalam perut.

Be the first to comment on "Anak Kepada Budak 11 Tahun Bersalin, Meninggal Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*