Anak Bazli UNIC (Muhammad Syahid) Meninggal Dunia Akibat Menghidap Penyakit Kanser

 KUALA LUMPUR – Anak kepada penyanyi kumpulan UNIC iaitu Bazli Hazwan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, kira-kira pukul 7.23 pagi Rabu 7/6/2017.

 Pemergian anak sulung Bazli Hazwan Allahyarham Muhammad Syahid yang baru berusia 4 tahun dipercayai meninggal dunia di sebabkan menghidap penyakit kanser iaitu barah Lymphoma. Ayah allahyarham sendiri juga telah berkongsi menerusi laman instagram.

 ” Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan kita semua. Allah lebih syangkan Syahid,” luahnya. Kisah penderitaan Muhammad Syahid pernah mendapat liputan luas di media sebelum ini.

 Jenazah Allahyarham Muhammad Syahid telah dikebumikan di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buluh, Selangor selepas solat Zohor.

 Muhammad Syahid disahkan menghidap penyakit barah tahap tiga selepas mengalami bengak kecil dibahagian leher,ketiak dan paru-paru pada Disember lalu.

  Allahyarham merupakan anak sulung daripada dua cahaya mata hasil perkongsian hidup anta Bazli dan isterinya, Asiah Abu Bakar.

  Seorang lagi tinggal anak Bazli iaitu Muhammad Assfan yang kini berusia kira-kira 2 bulan.

Be the first to comment on "Anak Bazli UNIC (Muhammad Syahid) Meninggal Dunia Akibat Menghidap Penyakit Kanser"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*