12 Tanda-Tanda Pengambilan Gula Berlebihan

 Kebanyakkan orang akan berfikir bahawa hanya pesakit kecing manis sahaja mempunyai kadar gula yang menyebabkan darah tinggi.

 Anggapan sesetengah orang salah mengenai kadar gula yang berlebihan ini. Ada yang mengatakan kadar gula yang berlebihan dalam badan hanya untuk orang yang gemuk sahaja.

 Namun, anggapan itu tidak betul sama sekali. Sebenarnya, setiap orang boleh mengalaminya dan kadar gula dalam badan ini boleh menjadikan bahaya untuk diri kita. Kita tidak pernah tahu atau melihat bahaya yang sedang berlaku pada saraf, saluran darah dan organ badan.

Kelaparan Berterusan

 Kandungan gula yang tinggi dalam darah menghalang glukosa memasuki sel-sel. Akibatnya badan terasa lemah dan tidak mempunyai tenaga sehinggakan meminta makan lagi dan lagi.

Kerap Membuang Air Kecil

 Gula dalam darah terlalu tinggi boleh menyebabkan buah pinggang tidak boleh menyerap cecair. Oleh itu, badan cuba untuk menyamakan kepekatan glukosa dalam darah dan sel-sel, melarutkan darah dengan cecair intrasel, sekali gus membawa kepekatan glukosa normal. Ini menyebabkan anda akan kerap membuang air kecil.

Penyebab Keletihan

 Kandungan gula yang tinggi dalam darah, badan tidak mampu untuk menyimpan dan menyerap glukosa dengan betul. Tenaga digunakan tidak cekap, dan sel-sel dalam badan tidak menerima bahan api yang mereka perlukan. Semua ini mempuat anda letih tanpa sebab.

Penglihatan Kabur

 Penglihatan kabur juga hasil daripada kesan dehidrasi yang disebabkan oleh gula yang tinggi dalam darah – ia juga memberi kesan kepada sel mata. Akibatnya, mereka berubah bentuk dan mata kehilangan tumpuhan dengan betul.

Mulut Kering, Dahaga Berlebihan

 Mulut jadi kering dan akan berasa dahaga yang kuat kerana kehilangan cecair yang teruk. Baan  dapat menilai tahap dehidrasi dan menyebabkan dahaga, menghantar isyarat berkaitan ke otak. Sdah tentu, anda tidak menolak untuk minum, tetapi lebih baik anda memilih minum air kosong berbanding minuman yang mempunyai kandungan gula dalam minuman.

Pengurangan Berat Badan

 Dengan tahap glukosa yang tinggi, anda boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, walaupun makanan kerap dan mengandungi banyak kalori. Ada beberapa sebab untuk ini:
 Kehilangan cecair kerana kerap membuang air kecil, dan menyebabkan berat badan turun.
 Jika tahap insulin tidak mencukupi untuk metabolisma glukosa, badan akan bertukar menjadi pembakaran lemak.

Penyakit Berjangkit

 Jangkitan saluran kecing (UTI) dan jangkitan yis boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Kerap berlaku kepada wanita yang mempunyai paras gula tinggi dan kecing manis.

Luka Lambat Sembuh

 Ini berlaku disebabkan oleh kerosakan pembuluh darah akibat paras gula yang tinggi. Ini akan membawa keperedaran darah menjadi teruk, terutamanya pada bahagian anggota badan.

Kulit Kering

 Masalah kulit adalah tanda aterosklerosis – pengerasan dan penyempitan ateri dan pengurangan seiring peredaran darah – penyakit yang sering berlaku  pada pesakit kecing manis.
 Saraf yang rosak boleh menganggu operasi normal kelenjar peluh, dan mereka memberi kesan kepada keseimbangan kulit-air

Sukar Menumpukan Perhatian

 Tahap gula tinggi  menghalang glukosa memasuki sel-sel otak, sehingga otak mengalami kesukaran untuk mendapatkan tenaga. Ini menjejaskan kelajuan pemikiran dan membuat keputusan.

Mati Pucuk 

 Kesukaran mengekalkan ereksi juga boleh berlaku terhadap glukosa tinggi dalam darah. Eriksi sihat memerlukan kesihatan saraf, aliran darah yang baik, dan hormon yang betul. Namun lebihan gula dalam darah boleh menjejaskan setiap sistem ini.

Cepat Marah

 Menurut kajian, orang dengan gula yang tinggi dalam darah adalah lebih cemas, marah dan cenderung pada kemurunggan.
 Otak bergantung pada bekalan yang sama glukosa, dan melompat mendadak paras memeberikan kesan negatif terhadap tugasnya. Hasilnya, suasana hati kita tiba-tiba menjadi teruk.
 Gula juga memeberi kesan kepada penyerapan nutrien lain: kromium. Mineral ini diperlukan untuk mengekalkan tahap gula yang stabil dalam darah kerana insulin, yang membersihkan glukosa daripada darah, tidak boleh berfungsi dengan baik tanpanya.

Be the first to comment on "12 Tanda-Tanda Pengambilan Gula Berlebihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*